Personaliti diukur daripada tingkahlaku dan akhlak. Asasnya ialah pembentukannya berkait rapat dengan kejadian manusia sebagai makhluk yang istimewa. Jadi jenis personaliti dalam Islam ditentukan oleh tahap keimanannya kepada Allah dan akhlak yang dimiliki. Pandangan Uthman Najati(1983:220) dalam bukunya al-quran wailm al-nafs, persomaliti manusia boleh dibahagikan 3 kategori : 1. personaliti al-mukminun, 2. personaliti al-kafirun, 3. personaliti orang munafik.
a) Personaliti al-Mukminun
Ia adalah jenis personaliti terbaik. Manusia yang memilikinya akan menjadikan keimanannya kepada Allah sebagai tonggak utama akhlak, kerana iman adalah asas dan benteng bagi mempertahankan personaliti muslim dan muslimah. Ciri-ciri penting peronaliti ini sentiasa mengingatkan Allah. Mengingati Allah bermaksud hatinya sentiasa khusu' dalam peribadatan, takut kepada Allah atas perbuatan yang melanggar ajaran Islam. Manusia yang ada personaliti mukmin akan sentiasa berzikir kepada Allah, memahami setiap ayat dan isi utama yang berkaitan dengan kejadian alam, keesaan Tuhan dan kebesarannya dan juga bertawakal kepada Allah.Bertawakal ini dia akan berusaha dalam kehidupan untuk mencapai sesuatu dalam masa yang sama juga dia menyerahkan kepada Allah. Juka dia mendapat apa yang diperolehi dia akan bersyukur tetapi jika tidak dapat yang dihajati dia tidak kecewa.
b) Personaliti al-Kafirun
Ciri-ciri ini mempunyai sifat takbur dan tipu daya. Sifat mereka selalu menolak seruan dakwah yang dibawa oleh nabi dan asul. Mereka ini bertindak mengikut hawa nafsu, melakukan maksiat dan fasik. Mereka sering terikat dengan kehendak nafsu untuk mendapat kesenangan dan kenikmatan dunia. Kadang kala mereka tidak tahu membezakan antara baik dan buruk sehingga segala kejahatan sudah menguasai jiwa mereka.
c) Personaliti Orang Munafik
Ciri utama personaliti ini iaitu menzahirkan perkara yang baik dan menyembunyikan keburukan dan keengkaran mereka terhadap ajaran Islam. Mereka ini sering berpura-pura Islam dan menyokong Islam tetapi dibelakang mereka menyokong pihak musuh. ciri-ciri utama mereka juga suka mengadu-domba,mempermain-main dan memperbodohkan orang lain, menipu daya dan lemah dalam mengharungi cabaran kehidupan. Hati golongan ini penuh dan kejahilan dan kejahatan. Mereka juga tidak mempunnyai pendirian yang teguh kerana kadang-kadang menyokong Islam dan kadang-kadang menyebelahi orang kafir.