Saturday, June 25, 2011

KENYANGKAN PERUT RAKYAT

Suatu ketika Utbah Bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khatab ditawarkan makanan oleh rakyatnya. Suaru kebiasaan yang lazim pada masa itu. Dengan senang hati gabenor menerima sambil bertanya:
"Apa nama makanan ini?"
"Namanya habish, ia dibuat daripada minyak sapi dan kurma,"jawab salah seorang daripada mereka.
Gabenor segera menjamah makanan itu. sejenak kemudian bibirnya menguntumkan senyuman. "Subhanallah!" Betapa manis dan enak makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirim kepada Amirul Mukminin Umar bin Khatab di Madinah, pasti dia akan gembira," ujar Utbah.Kemudian, dia memerintahkan rakyatnya supaya membuat makanan tersebut yang lebih enak.
Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah
dan membawa habish untuk Khalifah Umar bin Khatab. Dua utusan segera berangkat ke Madinah. Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan kepada Umar bin Khatab. Khalifah segera membuka dan merasanya.
"Makanan apa ini?" Tanya Umar.
"Makanan ini namanya habish > Makanan paling lazat di Azerbaijan,"
jawab salah seorang utusan.
"Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?" Tanya Umar lagi.
"Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya,"jawab utusan itu gugup.
Wajah khalifah langsung merah petanda yang sedang marah. Dia segera memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa kembali habish ke negerinya. Kepada gabenor dia menulis surat,
'.....................makanan semanis dan selazat ini bukannya dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut raktaymu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.'
Kisah yang diabadikan Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam kitab Manaqib Amiruk Mukminin' ini, memberi pengajaran yang teramat berharga bagi umat Islam,khususnya para pemimpin. Umar bin Khatab telah memberikan pengajaran ysng bererti. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum diri sendiri. Dalam kesempatan ini, Umar pernah menyatakan, "Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang."
Pada hakikatnya, seperti disabdakan Rasulullah S.A.W, pemimpin adalah pengembala (raai). Bagaimana tugas penggembala, begitulah tugas pemimpin . Hasan al Basri, seorang ulama zuhud, pernah berkata kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, "Pemimpin yang adil laksana seorang penggembala mengasihi haiwan gembalaannya.Dia membawa gembalaannya ke tengah padang rumput yang luas dan susbur. Dia menjaganya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan dan kehausan.
Prinsip ini harus dimiliki oleh pemimpin dan orang-orang kaya di negeri ini. Bahkan , seharusnya rakyat menjadikan pemimpin ini sebagai kaedah memilih pemimpin. Rakyat harus memilih calon pemimpinyang lebih peduli dan memikirkan rakyat. Bukan pemimpin yang mengejarjawatan dan mempertahankannya.
Potret kehidupan sosial di negara ini seharusnya menyedarkan kita semua. Ditengah tengadah jutaan tangan peminta sedekah, di tengah ribuan anak-anak terlantar, kita dapat saksikan juga jutaan kereta mewah melintas. Di tengah kotornya perumahan orang-orang miskin, berdiri gedung mewah bertingkat-tingkat. Bahkan, pemandangan ini kerap kita saksikan menyakitkan mata. lihatlah kompleks mewah bertingkat-tingkat bertetangga langsung dengan rumah usang menunggu rebah ke bumi.
Indonesia bukan negara miskin. Cuma kekayaannaya tidak tersebar dengan baik. Kekayaan hanya terkumpul pada orang-orang tertentu. Di sinilah hikmah zakat, kekayaan tidak terkumpul pada orang tertentu sahaja.
Hukum nisbah (batas wajib zakat) sekali gus menjadi had kekayaan seseorang. Jika kekayaan mencapai nisbah, ia harus mengeluarkan zakat.
Perkara lain dapat dicontohi dari sikap Umar dalam kisah ini adalah larangan mengampu orang atasan. Tentu tidak ada niat buruk dalam benak Gabenor Azerbaijan Utbah bin Farqad untuk mengampu ketuanya. Dia hanya ingin menyenangan hati khalifah. Tapi Umar bin Khatab tidak menginginkan hal itu. Dia bukan tidak mahu dihargai, tetapidia lebih mementingkan rakyatnya.
Ironisnya, sikap pemimpin ketika ini sebaliknya. Mereka lebih banyak berfikir bagaimana menyenangkan ketuanya berbandingkan memikirkan orang-orang bawahan. Cari muka, mengampu dan sikap ABS (Asal Bapa Senang) dan ABIS (Asal Bapa-Ibu Senang)menjadi gaya hidup para pemimpin ketika ini. Mereka tidak peduli walaupun harus mengorbankan kepentingan rakyat. Bahkan mereka tidak memikirkan siapaketua yang mereka ampu.Yang ada dalam benak mereka, bagaimana mendapat jawatan itu tetap dalam genggaman mereka ataupun bagaimana mendapat jawatan yang lebih tinggi.
Akhirnya diperlukan pemimpin yang adil dan bebas untuk membebaskan daripada ketinggalan. Kesejahteraan yang terjadi pada masa Umar bin Abdul Aziz bukan hanya lantaran meningkatnya penghasilan rakyat, tetapi juga tersebarnya kekayaan secara adil. Tanpa pemimpin adil dan bertimbang rasa, kita tidak dapat berharap rakyat akan hidup sejahtera.

Friday, April 29, 2011

Renungkanlah Lirik Insya Allah (Versi Melayu) -Maher Zain

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. 3x..Ada jalan Nya
Insha Allah.. 3x Ada jalan Nya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. 3x...Ada jalan Nya
Insha Allah.. 3x..Ada jalan Nya

Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah Doa

Oh Ya Allah..
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku
Ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar....

Insha Allah.. 3x...Ada jalan Nya
Insha Allah.. 3x...Ada jalan Nya
Insha Allah.. Insha Allah.....

Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah sekalian, janganlah kita tergolong di dalam kelompok mereka yang berputus asa terhadap Allah. Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَني وَرَجَوْتَنِي: غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنكَ، وَلا أُبالِي، يَا ابْنَ آدمَ، لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السماءِ، ثُمَّ استَغْفَرتَني: غَفَرْتُ لَكَ، وَلا أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَم إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرابِ الأَرْضِ خَطَايا، ثم لَقِيتَني لا تُشْرِكُ بِي شَيْئاً: لأَتَيْتُكَ بِقُرابِها مَغْفِرَةً

Maksudnya: "Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula."

(Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah).

sumber: Buku "Hadis 40 Imam Nawawi" terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Etika Protokol Dan Sosial Dalam Majlis Mengikut Islam

Etika protokol dan sosial dalam sesuatu majlis sangat penting untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana ia melibatkan tatasusila dan sahsiah diri dalam menampilkannya kepada khalayak ramai dan ianya juga melibatkan imej sesuatu kelompok masyarakat atau tamadun atau sesebuah agama. Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud cara, rutin, kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Bahasa Latin pula menggunakan perkatan Mores iaitu kata dasar bagi moral untuk maksud dan konsep yang sama. Oleh itu, perkataan etika digunakan untuk maksud cara, kebiasaan dan budi pekerti. Jika ia melibatkan protokol dan sosial ia membawa maksud cara, kebiasaan dan budi pekerti di dalam protokol dan sosial.

Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa yang digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam. Akhlak Islam adalah perbicaraan yang melibatkan adab sopan diri, cara berkelakuan dan hubungannya dengan agama. Oleh yang demikian jika etika itu dikaitkan dengan akhlak Islam ini ia membawa maksud tatsusila dan budi pekerti yang mempunyai hubungan dengan agama. Jika maksud ini digunakan untuk protokol dan sosial ianya bermaksud tatasusila dan budi pekerti yang mempunyai hubungan dengan agama. Hubungan ini terbentuk samada dengan apa yang disarankan oleh al-Quran atau Sunnah Nabi (perkataan, kelakuan dan ikrar Nabi) atau apa yang telah dipersetujui bersama oleh para cendikiawan (Ijmak).

Melalui huraian ini dapatlah disimpulkan bahawa pengertian etika protokol dan etika sosial di dalam majlis dari perspektif Islam adalah tatsusila dan budi pekerti dalam protokol dan sosial yang mempunyai hubungan dengan agama. Ianya adalah satu perbicaraan yang lebih seimbang kerana di dalam usaha seseorang itu menjaga penampilan dirinya di dalam sesuatu majlis untuk memenuhi keperluan protokol dan sosial pada waktu yang sama ia dapat memenuhi kehendak dan batasan agamanya tanpa menyentuh perasaan peribadi masyarakat sekeliling yang hadir sama.

Kepentingan protokol dan sosial majlis dalam Islam.
Islam sangat mementingkan adap sopan dan akhlak dalam kehidupan penganut-penganutnya. Oleh itu, adab sopan dan akhlak ini menjadi ukuran yang cukup berkesan dalam menilai individu Muslim. Jika adab sopan dan akhlak ini dipraktiskan dalam bentuk berkelompok ia akaan mengambarkan bertapa murni dan baiknya tatacara Islam dalam sesuatu perkara. Jika adab sopan dan akhlak ini dibawa dalam sesuatu majlis maka akan menunjukkan bertapa baiknya peraturan-peraturan atau protokol Islam itu. Secara umumnya kepentingan peraturan-peraturan tertentu atau protokol di dalam majlis dari sudut pandangan Islam dapat dilihat melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“tempatkanlah manusia (tetamu) pada tempat dan kedudukan mereka yang selayaknya” (al-Tirmidzi)

Secara khususnya pula kepentingan protokol di dalam sesuatu majlis itu adalah untuk menjaga perkara-perkara berikut:

i. Adab sopan dan akhlak Islam pada individu dan kumpulan yang menghadiri majlis.
ii. Majlis mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.
iii. Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang menghadiri majlis.
iv. Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau penganjur majlis.
v. Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak di dalam majlis.
vi. Mematuhi dan menjaga nilai-nilai murni sejagat di dalam majlis.

Etika protokol.

i. Memberi salam ketika masuk majlis dan setiap kali berjumpa tetamu.
Memberi salam adalah sebagai pembukaan kepada individu samada ketika mahu masuk ke dalam majlis atau ketika bertemu para tetamu. Salam yang diberikan hendaklah ikhlas dan dengan muka senyum dengan penuh semangat persaudaraan dan perasaan kasih sayang. Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Kalian tidak akan masuk Syurga sebelum kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman sebelum kalian saling cinta mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian kerjakan akan wujud perasaan saling cinta mencintai? Ucapkanlah salam diantara kalian” (Muslim)

Islam juga mengajarkan cara bagaimana salam itu mesti diucapkan dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak” (al-Syaikhani)

“Orang yang lebih kecil mengucapkan salam kepada orang yang lebih tua” (Bukhari)

ii. Berjabat tangan orang yang ditemui di dalam majlis.
Berjabat tangan adalah satu budaya yang menerapkan keakraban dan kasih sayang dalam Islam. Praktis budaya ini di dalam majlis akan menyohorkan sifat akrab dan kasih sayang dikalangan tetamu majlis. Falsafah disebalik berjabat tangan ini dalam sesuatu majlis dapat dijelaskan melalui sabda-sabda Rasulullah s.a.w berikut yang bermaksud:

“Apabila dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabatan tangan, memuji Allah dan memohon keampunannya, sudah tentu Allah akan mengampunkan mereka berdua” (Abu Daud)

“Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu saling berjabatan tangan, kecuali kedua-dunya diampuni Allah sebelum kedua-duanya berpisah” (Ibnu Majah)

“Saling berjabat tanganlah kalian, sudah tentu kedengkian akan hilang dan saling memberi hadiahlah kalian, sudah tentu kalian akan cinta mencintai dan permusuhan akan hilang” (Imam Malik)

iii. Duduk ditempat yang telah dikhaskan.
Di dalam setiap majlis rasmi yang diadakan pada kebiasaannya tempat duduk telah disediakan dan dikhaskan. Di dalam perkara ini protokol di dalam Islam mengajar agar seseorang itu duduk di dalam majlis ditempat yang telah disediakan dan dikhaskan oleh tuan rumah atau pihak penganjur. Ini bertepatan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya:

“Barangsiapa memasuki rumah atau majlis sesuatu kaum, hendaklah ia duduk ditempat sebagaimana yang telah mereka perintahkan, kerana kaum itu lebih mengetahui tentang aib rumah dan majlis mereka” (Majma’ al-Zawa’id)

iv. Tidak duduk ditengah-tengah para tetamu (jika para tetamu berada dalam keadaan bulatan).
Protokol ini hendaklah dijaga jika sesuatu majlis itu berada dalam keadaan bulatan atau di dalam majlis rasmi pada kebiasaannya diadakan jamuan meja bulat. Jika seseorang itu duduk ditengah-tengah ia seolah membelakngkan para tetamu lain dan ini menyakiti tetamu lain sehingga mencemuh dan mengutuk. Perkara ini dilarang oleh Rasululah s.a.w melalui sabda-sabdanya yang bermaksud:

“Orang yang duduk ditengah-tengah lingkaran majlis adalah orang yang terkutuk” (Abu Daud)

“Bahawa seorang lelaki duduk ditengah-tengah lingkaran suatu majlis kemudian Hudzaifah berkata “Terkutuklah menurut lisan Muhammad s.a.w orang yang duduk ditengah-tengah lingkaran”” (al-Tirmidzi)

v. Orang yang datang terakhir duduk ditempat yang terakhir.
Peraturan dan protokol ini adalah untuk tetamu yang menghadiri majlis tanpa ada jemputan khas. Ini kerana jika majlis yang mempunyai jemputan khas, tempat duduk khas telah disediakan. Falsafah dan moral disebalik peraturan ini supaya tidak menganggu majlis yang mungkin telah bermula. Ini jelas dapat dilihat seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila kami mendatangi Nabi (dalam satu majlis dan majlis telah pun bermula), maka antara kami duduk ditempat yang terakhir” (Abu Daud)

vi. Dilarang duduk diantara dua orang (tempat duduk yang kosong) kecuali dengan izin keduanya.
Perkara ini adalah untuk mengelakkan daripada seseorang itu mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan untuk orang lain yang mungkin belum datang atau kerana sebab-sebab tertentu tempat tersebut sengaja dikosongkan oleh tuan rumah atau penganjur. Rasulullah s.a.w telah melarang perkara ini melalui sabda-sabda baginda yang bermaksud:

“Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki untuk memisahkan dua orang (dengan duduk diantaranya), kecuali dengan izin keduanya” (al-Tirmidzi)

“Dilarang duduk antara dua lelaki (dalam suatu majlis) kecuali dengan izin keduanya” (Abu Daud)

vii. Berdiri menyambut tetamu yang datang kemudian.
Protokol ini adalah sebagai menghormati, memulia dan mengalu-alukan kedatangan tetamu. Dengan praktis yang sedemikian tetamu yang datang akan merasa diri mereka dihargai. Perkara ini jelas seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabda-sabdanya yang bermaksud:

“Berdirilah untuk menghormati tetamu atau orang yang paling baik diantara kamu” (al-Syaikhani)

“Nabi s.a.w memberikan ucapan (dalam satu majlis), apabila baginda berdiri, maka kami pun berdiri tegak sampai kami melihat beliau masuk” (al-Nasa’i)

viii. Mencium tangan tetamu yang lebih tua ketika berjabat tangan.

Praktis ini menampakkan kepada menjaga hak orang yang lebih utama. Disamping itu ianya juga menampakkan kepada perasaan hormat dan menyanjung sesetengah tetamu di dalam sesuatu majlis yang dihadiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Aku berkata kepada Ibnu Abi Aufa (dalam satu majlis), “berikan tanganmu yang telah kau gunakan untuk mengadakan baiah dengan Rrasulullah s.a.w” ia menghulurkannya lalu aku menciumnya (selepas berjabat tangan)” (Imam Malik)

ix. Menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan tetamu.
Menyediakan tempat duduk yang khas mengikut keutamaan tetamu juga adalah satu protokol yang diajar oleh Islam di dalam sesuatu majlis. Cara ini adalah sebagai menjaga kemuliaan, kedudukan dan kepentingan tetamu tersebut. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Dudukkanlah orang-orang pada kedudukan mereka” (Abu Daud)


x. Menyediakan keutamaan tempat duduk berdasarkan kepada orang yang lebih tua.
Selain daripada menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan tetamu keutamaan yang selanjutnya adalah berdasarkan kepada orang yang lebih tua dari sudut usia. Ini sebagai tanda menghormati dan mengutamakan golongan ini. Nabi bersabda yang maksudnya:

“Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang Munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan ketua yang adil” (al-Tabrani)

Tuesday, April 5, 2011

Etika sosial / adab makan yang dianjurkan dalam Islam

i. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
Ini adalah etika sosial dalam menghadapi hidangan di dalam majlis. Perkara ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud:

“Berkah makan itu terdapat pada mencuci (mencuci tangan) pada sebelum dan sesudah makan” (al-Tirmidzi)

ii. Membaca Basmalah sebelum makan dan Hamdalah selepasnya.
Etika ini ialah sebagai satu cara dalam sosial di dalam majlis untuk mengingati Allah s.w.t dalam menjamah makanan. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Apabila salah seorang daripada kamu makan, hendaklah ia menyebut nama Allah (Basmalah). Dan apabila ia terlupa menyebut nama Allah pada awalnya hendaklah ia menyebut nama Allah pada awal dan akhirnya (Hamdalah)” (al-Tirmidzi)

iii. Meminum air dengan tiga kali teguk sebelum menjamah makanan lain.
Perkara ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu gelojoh di dalam menjamah makanan. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Janganlah kamu minum dengan sekali teguk seperti unta minum, tetapi minumlah dengan dua atau tiga kali teguk. Bacalah Basmalah sebelum minum dan bacalah Hamdalah bila selesai minum” (al-Tirmidzi)

iv. Tidak mencela makanan yang disajikan.

Mencela makanan yang disajikan adalah seperti mencela rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. Di dalam perkara ini Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela suatu makanan yang dihidangkan, apabila baginda berselera terhadap makanan itu baginda memakannya, dan jika baginda tidak menyukainya baginda akan meninggalkannya” (al-Syaikhani)

v. Makan dengan tangan kanan dan mencapai makanan yang dekat.
Perkara ini bertujuan untuk menjaga keharmonian majlis dan dari satu sudut dapat menilai sosial seseorang di dalam majlis. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Pernah aku menjadi seorang budak dibawah pengawasan Rasulullah s.a.w ketika makan. Tanganku bergerak ditempat makanan, Rasulullah s.a.w menegurku “Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat dengan kamu”” (Muslim)

vi. Tidak makan sambil bersandar.
Makan sambil bersandar menunjukkan kesombongan seseorang itu di dalam sesuatu majlis. Rasulullah s.a.w mengajarkan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Aku tidak makan sambil bersandar” (al-Bukhari)

vii. Dianjurkan berbincang-bincang ketika makan.
Ini akan merapatkan lagi silaturahim sambil berkenalan antara tetamu yang hadir. Ramai para sahabat Nabi suka makan dengan baginda dalam sesuatu majlis kerana baginda akan berbincang-bincang tentang hal-hal semasa. Jabir r.a berkata yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w akan berbincang sambil menjamah makan dengan orang sekelilingnya” (Abdullah Nasih Ulwan, 1989: 428)

viii. Mengutamakan tetamu kehormat dan orang yang lebih tua dalam menjamah makanan.
Etika ini adalah sebagai tanda hormat dan tanda kasih sayang seseorang terhadap tetamu yang lebih utama dan orang-orang yang lebih tua dari sudut usia. Rasulullah s.a.w mengajarkan dengan sabdanya yang bermaksud:

“Jika kami menghadiri suatu jamuan makan bersama Rasululah s.a.w, belum pernah kami meletakkan tangan kami pada makanan sebelum Rasulullah s.a.w memulai meletakkan tangan baginda” (Muslim)

ix. Dilarang makan dan minum terlalu kenyang.
Perkara ini untuk mengelakkan tetamu yang lain memandang seseorang itu terlalu tamak dengan makanannya disamping dapat menjaga kesihatannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Tidak ada satu tempat yang lebih buruk bagi anak Adam kecuali perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap sahaja sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat, maka hendaklah sepertiga diisi untuk makanannya, sepertiga diisi untuk minumannya dan sepertiga lagi diisi untuk nafasnya” (al-Tirmidzi)

x. Makan dan minum sambil duduk.
Falsafah disebalik perkara ini ialah untuk menunjukkan akhlak yang tinggi di dalam makan dan minum dalam majlis. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w melarang seseorang untuk minum sambil berdiri. Lalu kami bertanya tentang makan. Baginda menjawab bahawa perkara itu lebih buruk” (Muslim)

xi. Berbincang di dalam majlis dengan tahap pengetahuan yang sesuai.

Perkara ini bagi mengelakkan rasa rendah diri dan rasa dihina oleh seseorang yang diajukan perbicaraan. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Berbicaralah dengan manusia sesuatu yang sesuai dengan pengetahuan mereka. Apakah kamu suka jika Allah dan RasulNya didustakan?” (Muslim)

xii. Bergurau yang tidak keterlaluan dalam majlis.

Bergurau di dalam ssuatu majlis adalah untuk mengeratkan silaturahim. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang daripada bergurau yang keterlaluan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Sesiapa yang banyak tertawa maka akan berkuranglah wibawanya. Sesiapa yang banyak bergurau senda (dengan keterlaluan) maka ia akan diremehkan” (al-Bukhari)

xiii. Meminta izin sebelum keluar daripada majlis.

Etika ini bertujuan supaya adab dan akhlak kita dapat dilihat oleh tetamu lain dan keluar dalam keadaan yang baik dan sopan. Perkara ini juga bertujuan untuk memelihara kehormatan penganjur. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya meminta izin (keluar dari sesuatu majlis) dijadikan untuk melihat (menonjolkan adab sopan seseorang di dalam majlis)” (al-Syaikhani)

Kesimpulannya ungkapan ‘hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’, adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa kehidupan manusia adalah tertakluk kepada peraturan dan adat istiadat yang diwarisi oleh mereka. Ungkapan tersebut mengandungi falsafah yang tersendiri, yang menggambarkan bahawa seseorang itu akan diterima baik oleh masyarakatnya sekiranya ia patuh pada peraturan, adat istiadat dan kepentingan orang ramai. Walaupun pengukuran nilai ini bersifat subjektif tetapi ada nilai-nilai yang diterima oleh semua golongan yang dikenali sebagai nilai-nilai sejagat.